Saturday, April 17, 2010

Semester Kedua Dalam Pembikinan

Panggilan Chronicle 301 Semester Kedua sudah bermula. Dalam Pembikinan yang menuntut idea bertan-tan.

Sinopsis dan Tajuk Bab 1 - Hantar pada 20 April 2010

Kompilasi Sinopsis Bab 1-5 - Hantar pada 23 April 2010

Hantar Bab 1 - 30 April 2010

Tarikh-tarikh di atas merupakan tarikh keramat yang pastinya menghantui saya sehinggalah novel ini siap sepenuhnya. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sunday, April 11, 2010

Saya dan bakat

Saya tidak pandai melukis
Saya tidak pandai menjahit
Saya tidak pandai kraf tangan
Saya tidak pandai kreatifkan diri.
Apa bakat saya? Hemm...
Memasak? Tidaklah secekap Chef Hanieliza.
Memandu kereta? Masih menjerit sekiranya ada lori besar tiba-tiba datang dengan laju semasa sedang memandu.
Menulis? Sinopsis dan pecahan-pecahan bab sudah buat enam bulan lepas tapi masih sangkut di bab satu. Erkkkkkk...
Melipat baju? Mungkin. Sebab emak saya pernah kata saya lipat baju dengan kemas sekali. :)
Bermain boling? Banyak kali strike... namun di tempat yang tidak ada pin iaitu di longkang.
Tidur? Masih tidak dapat menandingi kehebatan kawan-kawan yang boleh bangun pukul 12 tengah hari semasa tidak ada kelas. Sewaktu masih belajar di universiti dahulu.

Apa bakat saya? Mungkin saya belum dapat menyerlahkan bakat sebenar yang ada dalam diri saya, namun saya percaya setiap orang mempunyai bakat masing-masing kerana Allah sangat pemurah, pasti dia memberi kelebihan dalam setiap diri hamba-hambanya. Jadi, jangan putus asa untuk terus mencari dan menjadi insan yang hebat di dunia ini. Selamat berusaha.

Thursday, April 8, 2010

Doa Seorang Hamba

"Sesungguhnya hanya padamu aku bermohon agar diberi kekuatan menempuhi segala dugaan, berikan aku kesabaran menghadapi kata-kata mahupun coretan yang mengguris hati. Semoga aku dapat mendekatkan diri padaMu bukan hanya ketika ditimpa musibah, namun setiap masa agar aku dapat menjadi hamba yang solehah. Semoga kau percantikkan akhlakku dan semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Amin..."

Saturday, April 3, 2010

Kembalilah... Ana Dania

Lap kiri sudah, lap kanan pun sudah... lap atas pula dan akhir sekali lap di bahagian bawah. Haaaa... sekarang baru nampak skrin bagi menaip post. Lamanya saya tidak meng'update' blog ini. Sibuk adalah alasan yang selalu diberikan. Namun, saya bukanlah sibuk sangat. Kekurangan idea? Tidak juga. Menulis blog tidaklah memerlukan idea yang meletup. Entah mengapa saya tidak menulis di blog ini. Masih berfikir-fikir sebabnya.

Pesta buku antarabangsa baru berlalu minggu lepas. Saya terlibat selama 10 hari di PWTC kerana syarikat tempat saya bekerja mengambil bahagian dalam pesta buku. Perasaan suka bercampur penat bergaul menjadi satu. Penat saya terubat apabila buku Chronicle 301 dibeli oleh beberapa remaja. Sedang saya membuat kerja nama saya dipanggil kerana ada pelanggan yang mahu meminta tandatangan penulis. Rasa macam artis. :p

Saya sedang bertekad mahu menyiapkan karya nukilan saya sendiri untuk diterbitkan dalam tahun ini juga. Semoga saya berjaya. Amin.

Tuesday, December 22, 2009

Laalalaa... Avatar and McD

Lalaala... Semalam tonton wayang.

Lokasi: The Curve Damansara

Filem : Avatar

Aktiviti selepas menonton pastinya makan. Makan di mana? McD. Walaupun baru bersenam di Gym pukul 7 malam tadi.

Perasaan : Seronoknya plus berbunga-bunga.

Mata bertentang mata, hati tergoda-goda... Hahaha. Okey. Tiada perasaan tergoda-goda.

Monday, December 21, 2009

Cadangan untuk Babak Awa (Semester 2)

Salam kepada semua,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membeli buku Chronicle dan rasa terharu kerana ada yang sudi menjadi follower blog saya. Anda memberi semangat pada saya untuk lebih selalu meng'update' blog ini. Anda semua memang best.

Buat pengetahuan semua, saya sedang menyiapkan sinopsis bagi buku Chronicle Semester Dua. Banyak babak-babak yang bermain di fikiran saya. Demi memenuhi permintaan anda yang meminati watak Awa, saya mahu membuka peluang bagi anda memberi cadangan dan idea bagi menjadikan watak Awa lebih menarik. Cadangan ada amat saya alu-alukan dan dahulukan dengan terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi idea yang diberikan sekiranya sesuai.

Selamat memberi idea.

Terima kasih.

Saturday, December 12, 2009

Kenduri Kahwin dan Jalan-jalan di Johor Bharu

12 Disember 2009- Bermulanya satu perjalanan saya dan rakan-rakan ke Johor Bharu.

Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke negeri Johor Bharu. Kali terakhir tiba di sana semasa masih bersekolah menengah, rasanya umur saya ketika itu 16 tahun. Pergi ke sana pun bukan berjalan-jalan sangat, sekadar mengikuti bapa menjalankan perniagaan. Okey, saya tidak mahu mengarut, mari kita teruskan dengan aktiviti jalan-jalan ini.

Perjalanan saya dan rakan-rakan iaitu Kak Ann dan Salleh bermula sekitar jam 8.30 pagi. Bertolak dari rumah Kak Ann di Kajang (Salleh sudah mula mengambil alih stereng kereta). Perjalanan hari itu mudah sekali kerana tidak banyak kereta sehingga kelajuan kereta boleh mencecah 170 km/j. Satu rekod baru yang dicatatkan oleh Salleh untuk kereta saya. Savvy de Amore kau memang hebat! Kami hanya berhenti sekali di perhentian (tak ingat nama) untuk sarapan. Masing-masing kelaparan. Kami singgah dalam 30 minit sahaja. Perjalanan diteruskan ke rumah pengantin.

Kami tiba di rumah pengantin dalam pukul 1. Masing-masing sudah lapar (walaupun sarapan pada pukul 11- telur separuh masak yang mengecewakan namun habis juga kerana kelaparan). Niat mahu bertemu pengantin terlebih dahulu terpaksa ditangguhkan demi memenuhi permintaan ibu bapa pengantin yang beria mahu kami makan dahulu. Sedang asyik kami makan, meja kami didatangi rakan sekerja, Kak Ekin, Kak Maria, Jijah dan juga kawan sekolah Kak Ekin baru tiba. Saya, Kak Ann dan Salleh duduk di meja sehingga mereka semua selesai makan. Pastinya tidak duduk sahaja, sesi bergambar juga terselit. Kak Ann mana gambar? Mana... Mana? :p

Tidak lama kemudian kami masuk ke dalam rumah dan mencari bilik pengantin. Terkesima saya melihat pengantin. "Cantiknya, Syura. Lain sangat. Seri pengantin." kata saya dalam hati. Namun, memang saya puji juga di hadapannya. Cantik. Betullah kata orangkan, pengantin ni serinya lain. Bilalah saat saya akan tiba? Harap tidak lama lagilah. Ngeee..

Selepas melihat pengantin bersanding dan menangkap gambar bersama-sama, kami membuka langkah menuju ke kereta dan memulakan langkah pulang ke Kuala Lumpur. Cadangannya mahu singgah ke Melaka, namun terpaksa dibatalkan kerana Kak Ekin dan yang lain mengajak berjalan-jalan ke Danga Bay. Yeah, sampai juga ke Danga Bay yang selama ini hanya didengari melalui corong radio dan televisyen. Jalan-jalan lagi, sempat makan lagi. Mee goreng mamak. Salleh minum air bandung soda. Sedap! Perjalanan diteruskan lagi. Salleh membawa kami ke masjid di Johor. Saya dapat melihat Singapura dari masjid dengan menggunakan teropong. Terima kasih Salleh kerana bertindak bijak dengan membawa teropong. Meneropong sambil memasang angan-angan untuk pergi ke sana. Kumpul-kumpul duit. Beg tangan mahal, minyak wangi mahal, baju mahal, kasut mahal, perlukah saya ucapkan selamat tinggal? TIDAK SANGGUP!

Salleh teruskan memandu bagi pulang ke Kuala Lumpur. Waktu pada waktu itu lebih kurang pukul lapan. Saya ada juga bertanya sama ada mahu menukar pemandu, namun ternyata air bandung soda yang diminum memberi tenaga ekstra pada Salleh. Kami berhenti seketika di R n R di Melaka. Salleh sempat berkata, "Awak drivelah nanti, saya sudah mengantuk." "Baiklah." saya menjawab. Akhirnya, Salleh sudah penat. Mengapalah awak beri pada saya yang juga mengantuk? Namun, saya tetap memandu. Alhamdulillah, mata segar selepas minum minuman orang tua-tua. Kopi 'o' kau telah membantuku dan kawan-kawanku sehingga selamat tiba ke Kuala Lumpur.