Tuesday, December 22, 2009

Laalalaa... Avatar and McD

Lalaala... Semalam tonton wayang.

Lokasi: The Curve Damansara

Filem : Avatar

Aktiviti selepas menonton pastinya makan. Makan di mana? McD. Walaupun baru bersenam di Gym pukul 7 malam tadi.

Perasaan : Seronoknya plus berbunga-bunga.

Mata bertentang mata, hati tergoda-goda... Hahaha. Okey. Tiada perasaan tergoda-goda.

Monday, December 21, 2009

Cadangan untuk Babak Awa (Semester 2)

Salam kepada semua,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membeli buku Chronicle dan rasa terharu kerana ada yang sudi menjadi follower blog saya. Anda memberi semangat pada saya untuk lebih selalu meng'update' blog ini. Anda semua memang best.

Buat pengetahuan semua, saya sedang menyiapkan sinopsis bagi buku Chronicle Semester Dua. Banyak babak-babak yang bermain di fikiran saya. Demi memenuhi permintaan anda yang meminati watak Awa, saya mahu membuka peluang bagi anda memberi cadangan dan idea bagi menjadikan watak Awa lebih menarik. Cadangan ada amat saya alu-alukan dan dahulukan dengan terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi idea yang diberikan sekiranya sesuai.

Selamat memberi idea.

Terima kasih.

Saturday, December 12, 2009

Kenduri Kahwin dan Jalan-jalan di Johor Bharu

12 Disember 2009- Bermulanya satu perjalanan saya dan rakan-rakan ke Johor Bharu.

Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke negeri Johor Bharu. Kali terakhir tiba di sana semasa masih bersekolah menengah, rasanya umur saya ketika itu 16 tahun. Pergi ke sana pun bukan berjalan-jalan sangat, sekadar mengikuti bapa menjalankan perniagaan. Okey, saya tidak mahu mengarut, mari kita teruskan dengan aktiviti jalan-jalan ini.

Perjalanan saya dan rakan-rakan iaitu Kak Ann dan Salleh bermula sekitar jam 8.30 pagi. Bertolak dari rumah Kak Ann di Kajang (Salleh sudah mula mengambil alih stereng kereta). Perjalanan hari itu mudah sekali kerana tidak banyak kereta sehingga kelajuan kereta boleh mencecah 170 km/j. Satu rekod baru yang dicatatkan oleh Salleh untuk kereta saya. Savvy de Amore kau memang hebat! Kami hanya berhenti sekali di perhentian (tak ingat nama) untuk sarapan. Masing-masing kelaparan. Kami singgah dalam 30 minit sahaja. Perjalanan diteruskan ke rumah pengantin.

Kami tiba di rumah pengantin dalam pukul 1. Masing-masing sudah lapar (walaupun sarapan pada pukul 11- telur separuh masak yang mengecewakan namun habis juga kerana kelaparan). Niat mahu bertemu pengantin terlebih dahulu terpaksa ditangguhkan demi memenuhi permintaan ibu bapa pengantin yang beria mahu kami makan dahulu. Sedang asyik kami makan, meja kami didatangi rakan sekerja, Kak Ekin, Kak Maria, Jijah dan juga kawan sekolah Kak Ekin baru tiba. Saya, Kak Ann dan Salleh duduk di meja sehingga mereka semua selesai makan. Pastinya tidak duduk sahaja, sesi bergambar juga terselit. Kak Ann mana gambar? Mana... Mana? :p

Tidak lama kemudian kami masuk ke dalam rumah dan mencari bilik pengantin. Terkesima saya melihat pengantin. "Cantiknya, Syura. Lain sangat. Seri pengantin." kata saya dalam hati. Namun, memang saya puji juga di hadapannya. Cantik. Betullah kata orangkan, pengantin ni serinya lain. Bilalah saat saya akan tiba? Harap tidak lama lagilah. Ngeee..

Selepas melihat pengantin bersanding dan menangkap gambar bersama-sama, kami membuka langkah menuju ke kereta dan memulakan langkah pulang ke Kuala Lumpur. Cadangannya mahu singgah ke Melaka, namun terpaksa dibatalkan kerana Kak Ekin dan yang lain mengajak berjalan-jalan ke Danga Bay. Yeah, sampai juga ke Danga Bay yang selama ini hanya didengari melalui corong radio dan televisyen. Jalan-jalan lagi, sempat makan lagi. Mee goreng mamak. Salleh minum air bandung soda. Sedap! Perjalanan diteruskan lagi. Salleh membawa kami ke masjid di Johor. Saya dapat melihat Singapura dari masjid dengan menggunakan teropong. Terima kasih Salleh kerana bertindak bijak dengan membawa teropong. Meneropong sambil memasang angan-angan untuk pergi ke sana. Kumpul-kumpul duit. Beg tangan mahal, minyak wangi mahal, baju mahal, kasut mahal, perlukah saya ucapkan selamat tinggal? TIDAK SANGGUP!

Salleh teruskan memandu bagi pulang ke Kuala Lumpur. Waktu pada waktu itu lebih kurang pukul lapan. Saya ada juga bertanya sama ada mahu menukar pemandu, namun ternyata air bandung soda yang diminum memberi tenaga ekstra pada Salleh. Kami berhenti seketika di R n R di Melaka. Salleh sempat berkata, "Awak drivelah nanti, saya sudah mengantuk." "Baiklah." saya menjawab. Akhirnya, Salleh sudah penat. Mengapalah awak beri pada saya yang juga mengantuk? Namun, saya tetap memandu. Alhamdulillah, mata segar selepas minum minuman orang tua-tua. Kopi 'o' kau telah membantuku dan kawan-kawanku sehingga selamat tiba ke Kuala Lumpur.





Wednesday, December 9, 2009

Terima kasih pada Penyumbang Chronicle 301

Salam kepada semua di tengah hari yang indah ini. Mohon maaf kerana sudah agak lama tidak memberitahu cerita terbaru mengenai Ana Dania. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana akhirnya buku pertama hasil nukilan saya bersama rakan-rakan penulis yang lain. Walaupun hasil bersama namun saya amat teruja. Saya juga amat berterima kasih pada editor-editor yang bersusah-payah mengedit, me'layout', memikirkan ilustrasi dan apa sahaja yang berkaitan buku ini. Penghargaan yang tidak terhingga diberikan kepada pembaca yang apabila mengunjungi kedai-kedai buku yang memaparkan beribu-ribu buku, namun tangan mereka mencapai buku Cronicle 301: Semester 1. Memegang buku itu erat sekali dan berjalan menuju ke kaunter pembayaran untuk membeli sekaligus membaca buku itu. Kesudian anda dihargai. Selamat membaca pada semua. Semoga Allah terus memberi idea untuk saya menulis buku. Terima kasih.

Friday, November 27, 2009

Berhari Raya Korban di Kuala Lumpur

Hari raya korban tahun ini membuatkan saya menitiskan air mata kala bersolat hari raya di masjid. Sayu dan pelik rasanya bersolat raya di masjid tanpa keluarga di sisi. Tapi itulah yang terjadi pada tahun ini. Saya tidak pulang beraya di Pulau Pinang kerana ingin menghadiri perkahwinan kawan saya di Terengganu. Liza, keranamu aku korbankan raya.

Mujurlah saya ada rakan-rakan yang menyambut raya di Kuala Lumpur. Saya pergi beraya di rumah kawan di Keramat. Terima kasih Kak Raina. Ketupat dan Kuah kacang sangat sedap. Ayam masak cili api sungguh 'terangkat'. Tidak lupa juga air teh tarik yang best.

Saya pergi ke Kajang meraikan raya lagi ke rumah penulis bersama Chronicle 301 iaitu Anis Adlyana. Agak lama saya singgah di sana. Pada malam hari saya sempat singgah ke Alamanda, Putrajayaa bersama Anis dan adik-adiknya. Pada 10. 30 malam saya bergerak menuju ke Pudu mengambil kakak yang baru tiba dari Pulau Pinang. Tiba sahaja di rumah dalam pukul 12, basuh-basuh kaki, ambil awuduk, solat isyak dan terus tertidut. Penatnya beraya.

Saturday, October 31, 2009

Sabtu yang 'solo'

Sabtu datang lagi. Selalunya kalau hari sabtu saya jarang berada di rumah untuk tempoh yang lama, tetapi hari ini adalah hari rumah sedunia untuk saya.

8 pagi - Pergi sarapan dengan kakak di kawasan taman melawati. (tempat tinggal saya)

8.30 pagi - Saya teman Ney Johan pergi ambil laptop di rumah Abe Mie di Greenwood.

10 pagi - Sudah berada di rumah. Buka laptop sekejap. Buat-buat sibuk sikit. Kantung mata sudah semakin berat. Tangan cuba menggosok-gosok mata supaya cergas, namun... ahh saya tewas. Zzzzzzzzzzzzz....

1.45 tengah hari - "weh, ang buat apa? jom makan." panggilan telefon Ney Johan rupanya yang menganggu mimpiku di siang hari.
"aku baru bangun tidur. awat?"
"aku pun tidur tadi. baru bangun. jom pi makan?"
"jomlah. kat mana?"
"kat taman melawatilah. jumpa ang pukul 2.30."
"Okey."

2.30 petang - Di kedai makan. Makan nasi campur. Saya makan lauk ikan sambal belah belakang dengan tempe. Wani ikut saya ambil ikan juga. Teringin katanya. Makan-makan, sembang-sembang sikit. Lepas itu balik rumah.

3.30 petang - Sampai di rumah. Buka kipas, buka televisyen.. eh lupa, saya buka tudung dulu. Tengok TV2, cerita Cinta Sang Gembala lakonan Zulhuzaimy dan Wati Elite. Best juga. Makanya, saya layannnnnn...

5 petang - Buka youtube... dengar lagu. Sambil dengar lagu masuk mudah.com cari fasal kamera. Bila tengok-tengok kamera saya dapat satu ilham. Nak tengok movie lah. Saya masuk youtube. Tekan perkataan 'She's All That' di ruangan search. Tadaaa... Saya pun layan cerita itu, walaupun lama tapi tetap seronok.

Malam ini saya janji mahu keluar dengan Ney Johan lagi. Yeaha. Ney, here i come.

Sunday, October 25, 2009

Buku Pertama Saya

Saya persembahkan kini, cover bagi buku pertama hasil nukilan saya, Ana Dania. Buku ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Semoga buku pertama saya ini memberi dorongan untuk menulis buku yang seterusnya. Terujanya. Jari jemari menggaru-garu tangan sambil membayangkan duit royalti yang bakal diperoleh.

Saturday, October 24, 2009

Pengumuman-pengumuman... :)

Salam Perkenalan.

Hai semua. Salam perkenalan dari saya, Ana Dania. Blog ini adalah blog rasmi saya yang akan menjadi medan perantara di antara anda dan saya. Semoga percubaan pertama saya di dalam buku Cronicle 301 yang memegang watak sebagai Awa mendapat sokongan ramai. Kritikan, cadangan, sokongan amat saya perlukan bagi memperbaiki mutu tulisan saya di masa hadapan. Sampai bertemu lagi nanti.