Thursday, December 16, 2010

Bakal muncul tidak lama lagi. Horey!

Saya dapat tahu dari editor yang hebat, buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Seronoknya... ngeeeeeeeee. Sebagai tatapan semua dan juga diri sendiri, inilah cover buku kedua saya bersama penulis-penulis bersama.


Wednesday, December 1, 2010

Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader

Filem yang harus tonton pada 9 Disember ini adalah Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader. Semalam saya dapat tiket percuma menonton filem ini dan ianya sangat berbaloi. Jalan cerita yang kemas disusun, imaginasi yang sungguh hebat, animasi yang cantik dan pelbagai lagi membuatkan cerita ini sempurna di mata saya.

Tuesday, November 30, 2010

Nantikan Chronicle Semester Kedua

Sudah lama tidak menyibukkan diri di blog ini. Tidak ada perkara baru mahu dicatat kerana tidak ada buku baru. Berita baik kepada semua yang meminati Chronicle 301 Semester Satu, Buku itu sudah di final stage dan bakal berada di pasaran pada akhir bulan disember. Jangan lupa dapatkan di kedai buu berhampiran ataupun beli secara online dengan melayari www.bookcafe.com.my.

Tuesday, June 8, 2010

Bab Satu

Alhamdulillah, saya sudah berjaya siapkan bab 1. Semoga bab-bab selepas ini lebih mudah ditulis supaya buku ini dapat disiapkan lebih awal. Amin...

Monday, June 7, 2010

Mari menulis laju-laju

Hohoohohh... Mari menulis laju-laju.

Idea marilah laju-laju.

Menaip laju-laju.

Supaya dapat siap laju-laju.

Saturday, April 17, 2010

Semester Kedua Dalam Pembikinan

Panggilan Chronicle 301 Semester Kedua sudah bermula. Dalam Pembikinan yang menuntut idea bertan-tan.

Sinopsis dan Tajuk Bab 1 - Hantar pada 20 April 2010

Kompilasi Sinopsis Bab 1-5 - Hantar pada 23 April 2010

Hantar Bab 1 - 30 April 2010

Tarikh-tarikh di atas merupakan tarikh keramat yang pastinya menghantui saya sehinggalah novel ini siap sepenuhnya. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sunday, April 11, 2010

Saya dan bakat

Saya tidak pandai melukis
Saya tidak pandai menjahit
Saya tidak pandai kraf tangan
Saya tidak pandai kreatifkan diri.
Apa bakat saya? Hemm...
Memasak? Tidaklah secekap Chef Hanieliza.
Memandu kereta? Masih menjerit sekiranya ada lori besar tiba-tiba datang dengan laju semasa sedang memandu.
Menulis? Sinopsis dan pecahan-pecahan bab sudah buat enam bulan lepas tapi masih sangkut di bab satu. Erkkkkkk...
Melipat baju? Mungkin. Sebab emak saya pernah kata saya lipat baju dengan kemas sekali. :)
Bermain boling? Banyak kali strike... namun di tempat yang tidak ada pin iaitu di longkang.
Tidur? Masih tidak dapat menandingi kehebatan kawan-kawan yang boleh bangun pukul 12 tengah hari semasa tidak ada kelas. Sewaktu masih belajar di universiti dahulu.

Apa bakat saya? Mungkin saya belum dapat menyerlahkan bakat sebenar yang ada dalam diri saya, namun saya percaya setiap orang mempunyai bakat masing-masing kerana Allah sangat pemurah, pasti dia memberi kelebihan dalam setiap diri hamba-hambanya. Jadi, jangan putus asa untuk terus mencari dan menjadi insan yang hebat di dunia ini. Selamat berusaha.

Thursday, April 8, 2010

Doa Seorang Hamba

"Sesungguhnya hanya padamu aku bermohon agar diberi kekuatan menempuhi segala dugaan, berikan aku kesabaran menghadapi kata-kata mahupun coretan yang mengguris hati. Semoga aku dapat mendekatkan diri padaMu bukan hanya ketika ditimpa musibah, namun setiap masa agar aku dapat menjadi hamba yang solehah. Semoga kau percantikkan akhlakku dan semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Amin..."

Saturday, April 3, 2010

Kembalilah... Ana Dania

Lap kiri sudah, lap kanan pun sudah... lap atas pula dan akhir sekali lap di bahagian bawah. Haaaa... sekarang baru nampak skrin bagi menaip post. Lamanya saya tidak meng'update' blog ini. Sibuk adalah alasan yang selalu diberikan. Namun, saya bukanlah sibuk sangat. Kekurangan idea? Tidak juga. Menulis blog tidaklah memerlukan idea yang meletup. Entah mengapa saya tidak menulis di blog ini. Masih berfikir-fikir sebabnya.

Pesta buku antarabangsa baru berlalu minggu lepas. Saya terlibat selama 10 hari di PWTC kerana syarikat tempat saya bekerja mengambil bahagian dalam pesta buku. Perasaan suka bercampur penat bergaul menjadi satu. Penat saya terubat apabila buku Chronicle 301 dibeli oleh beberapa remaja. Sedang saya membuat kerja nama saya dipanggil kerana ada pelanggan yang mahu meminta tandatangan penulis. Rasa macam artis. :p

Saya sedang bertekad mahu menyiapkan karya nukilan saya sendiri untuk diterbitkan dalam tahun ini juga. Semoga saya berjaya. Amin.