Sunday, April 11, 2010

Saya dan bakat

Saya tidak pandai melukis
Saya tidak pandai menjahit
Saya tidak pandai kraf tangan
Saya tidak pandai kreatifkan diri.
Apa bakat saya? Hemm...
Memasak? Tidaklah secekap Chef Hanieliza.
Memandu kereta? Masih menjerit sekiranya ada lori besar tiba-tiba datang dengan laju semasa sedang memandu.
Menulis? Sinopsis dan pecahan-pecahan bab sudah buat enam bulan lepas tapi masih sangkut di bab satu. Erkkkkkk...
Melipat baju? Mungkin. Sebab emak saya pernah kata saya lipat baju dengan kemas sekali. :)
Bermain boling? Banyak kali strike... namun di tempat yang tidak ada pin iaitu di longkang.
Tidur? Masih tidak dapat menandingi kehebatan kawan-kawan yang boleh bangun pukul 12 tengah hari semasa tidak ada kelas. Sewaktu masih belajar di universiti dahulu.

Apa bakat saya? Mungkin saya belum dapat menyerlahkan bakat sebenar yang ada dalam diri saya, namun saya percaya setiap orang mempunyai bakat masing-masing kerana Allah sangat pemurah, pasti dia memberi kelebihan dalam setiap diri hamba-hambanya. Jadi, jangan putus asa untuk terus mencari dan menjadi insan yang hebat di dunia ini. Selamat berusaha.

No comments:

Post a Comment