Saturday, April 3, 2010

Kembalilah... Ana Dania

Lap kiri sudah, lap kanan pun sudah... lap atas pula dan akhir sekali lap di bahagian bawah. Haaaa... sekarang baru nampak skrin bagi menaip post. Lamanya saya tidak meng'update' blog ini. Sibuk adalah alasan yang selalu diberikan. Namun, saya bukanlah sibuk sangat. Kekurangan idea? Tidak juga. Menulis blog tidaklah memerlukan idea yang meletup. Entah mengapa saya tidak menulis di blog ini. Masih berfikir-fikir sebabnya.

Pesta buku antarabangsa baru berlalu minggu lepas. Saya terlibat selama 10 hari di PWTC kerana syarikat tempat saya bekerja mengambil bahagian dalam pesta buku. Perasaan suka bercampur penat bergaul menjadi satu. Penat saya terubat apabila buku Chronicle 301 dibeli oleh beberapa remaja. Sedang saya membuat kerja nama saya dipanggil kerana ada pelanggan yang mahu meminta tandatangan penulis. Rasa macam artis. :p

Saya sedang bertekad mahu menyiapkan karya nukilan saya sendiri untuk diterbitkan dalam tahun ini juga. Semoga saya berjaya. Amin.

1 comment: