Monday, December 21, 2009

Cadangan untuk Babak Awa (Semester 2)

Salam kepada semua,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membeli buku Chronicle dan rasa terharu kerana ada yang sudi menjadi follower blog saya. Anda memberi semangat pada saya untuk lebih selalu meng'update' blog ini. Anda semua memang best.

Buat pengetahuan semua, saya sedang menyiapkan sinopsis bagi buku Chronicle Semester Dua. Banyak babak-babak yang bermain di fikiran saya. Demi memenuhi permintaan anda yang meminati watak Awa, saya mahu membuka peluang bagi anda memberi cadangan dan idea bagi menjadikan watak Awa lebih menarik. Cadangan ada amat saya alu-alukan dan dahulukan dengan terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi idea yang diberikan sekiranya sesuai.

Selamat memberi idea.

Terima kasih.

3 comments:

  1. dia dah matang. jatuh chenta. haha... itu menyeronokkan!

    ReplyDelete
  2. apa kata biar watak awa jd jahat sikit (nakal-nakal) haa :DD

    ReplyDelete
  3. teruskan hubungan awa dengan syafiq kwn iman tu... tapi biar la dalam suasana yang baik dan elok...

    ReplyDelete