Mode: Frust plus Blur
Menaip dari: Laptop kakak
Sudah bersawang blog saya ini, mesti anda semua jemu menjengah tapi langsung tak ada update. Mari berikrar yang mulai hari ini saya akan rajin meng'update'. Kita bermula dengan ikrar ini, "Saya, Ana Dania berikrar akan selalu meng'update' blog saya setiap minggu walaupun laptop saya keyboardnya tiba2 bila tekan tidak keluar huruf." Ngeee...
Sebab utama saya tidak update blog adalah saya seorang yang low profile, sekiranya tidak ada buku baru, saya tidak tahu mahu menaip apa. Alasan!
Kedua, laptop saya baru-baru ini mengalami kejadian aneh, keyboard tidak mengeluarkan huruf, buat masa sekarang duit royalti saya masih tidak membolehkan saya memiliki laptop baru. Harap rakan2 dan blogger semua sudi membeli buku saya banyak2 supaya saya boleh dapat royalti lebih. :)
Ketiga, saya sangat sibuk dengan kerja yang semakin hari bertambah banyak, gaji tak tambah banyak... :( "Bos, minta naik gaji 100 peratus boleh?" Kalaulah semudah itu!
Akhir sekali, saya harap selepas ini saya akan lebih disiplin dalam update blog. Sama-sama kita doakan Ana Dania selalu dapat ilham dari Allah agar dapat menulis buku baru sekaligus bersemangat update blog.
Jumpa lagi di update akan datang. Daaa...
Assalamualaikum.
Monday, October 31, 2011
Thursday, December 16, 2010
Bakal muncul tidak lama lagi. Horey!
Wednesday, December 1, 2010
Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader
Filem yang harus tonton pada 9 Disember ini adalah Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader. Semalam saya dapat tiket percuma menonton filem ini dan ianya sangat berbaloi. Jalan cerita yang kemas disusun, imaginasi yang sungguh hebat, animasi yang cantik dan pelbagai lagi membuatkan cerita ini sempurna di mata saya.
Tuesday, November 30, 2010
Nantikan Chronicle Semester Kedua
Sudah lama tidak menyibukkan diri di blog ini. Tidak ada perkara baru mahu dicatat kerana tidak ada buku baru. Berita baik kepada semua yang meminati Chronicle 301 Semester Satu, Buku itu sudah di final stage dan bakal berada di pasaran pada akhir bulan disember. Jangan lupa dapatkan di kedai buu berhampiran ataupun beli secara online dengan melayari www.bookcafe.com.my.
Tuesday, June 8, 2010
Bab Satu
Alhamdulillah, saya sudah berjaya siapkan bab 1. Semoga bab-bab selepas ini lebih mudah ditulis supaya buku ini dapat disiapkan lebih awal. Amin...
Monday, June 7, 2010
Mari menulis laju-laju
Hohoohohh... Mari menulis laju-laju.
Idea marilah laju-laju.
Menaip laju-laju.
Supaya dapat siap laju-laju.
Idea marilah laju-laju.
Menaip laju-laju.
Supaya dapat siap laju-laju.
Saturday, April 17, 2010
Semester Kedua Dalam Pembikinan
Panggilan Chronicle 301 Semester Kedua sudah bermula. Dalam Pembikinan yang menuntut idea bertan-tan.
Sinopsis dan Tajuk Bab 1 - Hantar pada 20 April 2010
Kompilasi Sinopsis Bab 1-5 - Hantar pada 23 April 2010
Hantar Bab 1 - 30 April 2010
Tarikh-tarikh di atas merupakan tarikh keramat yang pastinya menghantui saya sehinggalah novel ini siap sepenuhnya. Semoga semuanya dipermudahkan.
Sinopsis dan Tajuk Bab 1 - Hantar pada 20 April 2010
Kompilasi Sinopsis Bab 1-5 - Hantar pada 23 April 2010
Hantar Bab 1 - 30 April 2010
Tarikh-tarikh di atas merupakan tarikh keramat yang pastinya menghantui saya sehinggalah novel ini siap sepenuhnya. Semoga semuanya dipermudahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

