Friday, November 27, 2009

Berhari Raya Korban di Kuala Lumpur

Hari raya korban tahun ini membuatkan saya menitiskan air mata kala bersolat hari raya di masjid. Sayu dan pelik rasanya bersolat raya di masjid tanpa keluarga di sisi. Tapi itulah yang terjadi pada tahun ini. Saya tidak pulang beraya di Pulau Pinang kerana ingin menghadiri perkahwinan kawan saya di Terengganu. Liza, keranamu aku korbankan raya.

Mujurlah saya ada rakan-rakan yang menyambut raya di Kuala Lumpur. Saya pergi beraya di rumah kawan di Keramat. Terima kasih Kak Raina. Ketupat dan Kuah kacang sangat sedap. Ayam masak cili api sungguh 'terangkat'. Tidak lupa juga air teh tarik yang best.

Saya pergi ke Kajang meraikan raya lagi ke rumah penulis bersama Chronicle 301 iaitu Anis Adlyana. Agak lama saya singgah di sana. Pada malam hari saya sempat singgah ke Alamanda, Putrajayaa bersama Anis dan adik-adiknya. Pada 10. 30 malam saya bergerak menuju ke Pudu mengambil kakak yang baru tiba dari Pulau Pinang. Tiba sahaja di rumah dalam pukul 12, basuh-basuh kaki, ambil awuduk, solat isyak dan terus tertidut. Penatnya beraya.