Saturday, October 31, 2009

Sabtu yang 'solo'

Sabtu datang lagi. Selalunya kalau hari sabtu saya jarang berada di rumah untuk tempoh yang lama, tetapi hari ini adalah hari rumah sedunia untuk saya.

8 pagi - Pergi sarapan dengan kakak di kawasan taman melawati. (tempat tinggal saya)

8.30 pagi - Saya teman Ney Johan pergi ambil laptop di rumah Abe Mie di Greenwood.

10 pagi - Sudah berada di rumah. Buka laptop sekejap. Buat-buat sibuk sikit. Kantung mata sudah semakin berat. Tangan cuba menggosok-gosok mata supaya cergas, namun... ahh saya tewas. Zzzzzzzzzzzzz....

1.45 tengah hari - "weh, ang buat apa? jom makan." panggilan telefon Ney Johan rupanya yang menganggu mimpiku di siang hari.
"aku baru bangun tidur. awat?"
"aku pun tidur tadi. baru bangun. jom pi makan?"
"jomlah. kat mana?"
"kat taman melawatilah. jumpa ang pukul 2.30."
"Okey."

2.30 petang - Di kedai makan. Makan nasi campur. Saya makan lauk ikan sambal belah belakang dengan tempe. Wani ikut saya ambil ikan juga. Teringin katanya. Makan-makan, sembang-sembang sikit. Lepas itu balik rumah.

3.30 petang - Sampai di rumah. Buka kipas, buka televisyen.. eh lupa, saya buka tudung dulu. Tengok TV2, cerita Cinta Sang Gembala lakonan Zulhuzaimy dan Wati Elite. Best juga. Makanya, saya layannnnnn...

5 petang - Buka youtube... dengar lagu. Sambil dengar lagu masuk mudah.com cari fasal kamera. Bila tengok-tengok kamera saya dapat satu ilham. Nak tengok movie lah. Saya masuk youtube. Tekan perkataan 'She's All That' di ruangan search. Tadaaa... Saya pun layan cerita itu, walaupun lama tapi tetap seronok.

Malam ini saya janji mahu keluar dengan Ney Johan lagi. Yeaha. Ney, here i come.

Sunday, October 25, 2009

Buku Pertama Saya

Saya persembahkan kini, cover bagi buku pertama hasil nukilan saya, Ana Dania. Buku ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Semoga buku pertama saya ini memberi dorongan untuk menulis buku yang seterusnya. Terujanya. Jari jemari menggaru-garu tangan sambil membayangkan duit royalti yang bakal diperoleh.

Saturday, October 24, 2009

Pengumuman-pengumuman... :)

Salam Perkenalan.

Hai semua. Salam perkenalan dari saya, Ana Dania. Blog ini adalah blog rasmi saya yang akan menjadi medan perantara di antara anda dan saya. Semoga percubaan pertama saya di dalam buku Cronicle 301 yang memegang watak sebagai Awa mendapat sokongan ramai. Kritikan, cadangan, sokongan amat saya perlukan bagi memperbaiki mutu tulisan saya di masa hadapan. Sampai bertemu lagi nanti.